Throwback

Assalamualaikum readers, (ok takdak readers pun)

Lama dah blog ni bersawang tanpa tuan huwaaa. Biasalah masuk ja matriks haritu terus padam semua post ni semua sebab roomate iolls. Kononnya malu dengan post2 dedulu yang tak matang, zaman jiwang karat suria cinta bersama dj lin kekeke. Tapi sekarang pun aku masih jiwang orangnya.

Rindu sekolah.
Selalu dengaq macam ni padahai waktu sekolah pulun sokmo nak ponteng. Sakit perut, demam seminggu sekali padahal pemalas nak mati. Masa tu minda budak-budak, masih mencari cita-cita. Menyesal pun ada tapi bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cari penyakit. Penyakit tu berlarutan sampai aku nak amik spm. Lepas pra-spm pun mamai lagi. Sebulan lebih sebelum spm tu aku pulun, tapi still tak cukup masa. Ya la, gila hang nak baca beratus topik dalam masa sebulan.

Lepas habih spm, aku enjoy wakaka. Taklama lepas tu result spm keluaq.

I suddenly thought about my parents, what happen if I fail, what if I cant afford to repeat the same glory I had made during PMR, what if they feeling burden looking at the result. Then the "if only" things pop up in mind.

Lepas tu result keluaq, alhamdulillah walaupun tak banyak tapi aku bersyukur. Banyak benda aku bersyukur waktu tu. Pertama, sebab Allah masih izinkan aku untuk lulus semua despite the laziness. Kedua, aku bersyukur gila sebab ada ibu dengan abah yang sentiasa memahami huhu walaupun aku tak kumpul banyak A tapi depa cakap "Takpa, ni pun dah kira ok sangat" tapi seriusly perkataan "takpa" tu buat aku sedih sangat, rasa bersalah. Ibu dengan abah sangat positif orangnya. Dan aku bersyukur sebab dapat sambung belajaq. Allah masih bg peluang tu.

So, aku cuba buat yang terbaik dekat matriks. Alhamdulillah for everything. Super duper pretty and nice roomates, hardworking yet mad classmates, we-always-be-there-for-you ex classmates which is my dear cliques, air-liur-basi-tepi-mulut toiletmates and handsome kuliah mates cia cia cia.

Nanti kita sambung cerita dekat matriks pulak ya.


ThankYou sebab sudi baca coretan buruk ini ^.^

0 makan lipas:

Post a Comment

uComment iReply. InshaaAllah.